Monday, June 6, 2011

Keputusan Akhir - B18 Individu

Berikut adalah keputusan akhir bagi kategori B18 (bawah 18 tahun).

Kategori P18



Alia Anin Azwa Bakri dari Melaka berjaya mengekalkan kejuaraan yang disandangnya tahun lepas. Beliau menang kesemua lima permainan pertama termasuk melawan Amira Syahmina Zullkafli dari Selangor di pusingan kelima. Walaupun seri dengan pemain Sarawak di pusingan terakhir, Alia telah dinobatkan sebagai juara kategori Individu P18 dengan 5.5/6 mata. Tahun ini merupakan tahun terakhir baginya untuk bermain di Kejohanan Catur MSSM kerana faktor usia. Sarika Subramaniam dari Pahang pula telah mendapat tempat ketiga setelah hanya seri dengan lawannya di pusingan terakhir.





Kategori L18



Setelah hanya berjaya mendapat pingat gangsa tahun lepas, Mohd Nabil Azman Hisham dari Selangor, berjaya menjadi johan bagi kategori Individu L18 tahun ini. Nabil menang kesemua lima permainan pertamanya termasuk ke atas Fong Yit San, pemenang pingat perak, di pusingan kelima. Pingat gangsa pula telah dimenangi oleh Mohd Syakir Syazmeer Azhar juga dari Selangor. Seperti kategori yang lain, beberapa pemain handalan seperti Evan Capel, Yeap Eng Chiam dan Wong Jianwen tidak bermain dalam kategori individu 




Sunday, June 5, 2011

Keputusan Akhir - B12 Individu

Berikut adalah keputusan akhir bagi kategori Individu B12 (bawah 12 tahun).

Kategori P12


Agak mengejutkan apabila juara bertahan dan pilihan utama, Nur Najiha Azman, gagal menjuarai kategori Individu P12 di kejohanan Catur MSSM kali ini. Beliau telah dikecewakan oleh Nithyalakshmi dari Negeri Sembilan. Juara kategori P12 bagi edisi 2011 telah disandang oleh Puteri Rifqah Fahada Azhar dari Selangor setelah menang 5 dan seri 1. Teh De Zen dari Pulau Pinang terpaksa berpuashati di tempat ketiga mengulangi keputusan tahun lalu. De Zen telah menewaskan Siti Khadijah Sabirin dari Terengganu di pusingan terakhir.


Kategori L12


Sirajuddin Munawir Ahmad Fuad berjaya memberikan pingat emas kepada Negeri Kedah setelah mengungguli kategori L12. Keputusan seri sudah memadai baginya untuk bergelar juara walaupun memiliki mata yang sama iaitu 5/6 dengan pemenang pingat perak, Noor Azam Mohd Noor dari Selangor. Noor Azam berjaya bangkit dari kekalahan kepada pemain Kelantan di pusingan kedua. Pulau Pinang berjaya peroleh pingat gangsa setelah pemainnya Teh De Juan berjaya seri dengan Sirajuddin di pusingan keenam. 


Selangor dan Pulau Pinang yang masing-masing memperoleh dua pingat nampaknya masih dominan dalam acara B12 Individu. 

Thursday, June 2, 2011

Kategori L12 - Setakat Pusingan Ketiga

KEPUTUSAN PUSINGAN KETIGA

PAIRING PUSINGAN KEEMPAT

Apakah keputusan di papan utama bagi kategori L12 Individu di antara Nabil Azmi dari Melaka dengan Sirajuddin (anak Cikgu Fuad) dari Kedah? Siapa yang menang berpeluang cerah untuk menjadi juara seandainya menang baki dua permainan (pusingan kelima dan keenam).

Ranking selepas Pusingan Ketiga
Pemain Melaka dan Kedah sedang mendahului dalam kategori Individu L12 dengan mata penuh 3/3. Dua orang pemain Pulau Pinang dan seorang pemain Selangor ketinggalan 1/2 mata. Siapakah bakal dinobatkan sebagai juara Lelaki bawah 12 tahun? 

KEPUTUSAN PUSINGAN KETIGA
Tuan rumah Pulau Pinang berjaya mengatasi pasukan Selangor dengan mata 3 - 1. Johor pula seri dengan pasukan Kuala Lumpur setelah masing-masing menang 2 papan (board). Johor menang papan pertama dan ketiga melalui Aziz Farhan dan Ong Wei Bin manakala KL menang papan kedua dan keempat melalui Tan Yong Zhao dan yap Egin Darrel.



Juara bertahan, Pulau Pinang, masih unggul setakat pusingan ketiga setelah mengutip 6 (Match Point) mata penuh. Kuala Lumpur dan Johor masing-masing mengutip 5 mata dan berada di kedudukan kedua dan ketiga. Selangor bersama-sama tiga negeri lain - Sabah, Perak dan Pahang, masing-masing mengumpul 4 mata dari 2 kemenangan.

PAIRING PUSINGAN KEEMPAT
Esok pagi di pusingan keempat, Johor bertemu Pulau Pinang di papan utama sementara Selangor melawan KL di papan kedua. Mampukah Johor mengatasi Pulau Pinang? Berjayakah Selangor menewaskan KL?  

Gambar-gambar MSSM

 

Dscn8044

Dscn8045

Dscn8047

Dscn8052

Dscn8071

Dscn8073

Dscn8078

Dscn8042

Kategori P15 - Pusingan Ketiga

Dua jam lagi, kategori P15 - Individu dan Berpasukan, akan bermain pusingan ketiga. Berikut adalah pairing bagi kategori P15.

Kategori Individu

Pairing P15 Individu


Klik di sini untuk muat turun pairing P15 Individu dalam excel format.


Kategori Berpasukan


Double click di gambar untuk paparan lebih besar

Klik di sini untuk muat turun pairing P15 berpasukan dalam excel format.

Wednesday, June 1, 2011

Berpasukan L18

keputusan Pusingan kedua
Satu keputusan yang menarik apabila Pulau Pinang menewaskan Kuala Lumpur 3 - 1 kerana kedua-dua barisan dibarisi pemain-pemain terkuat pasukan masing-masing. 


pairing Pusingan ketiga

Tiga negeri - Johor, Selangor dan Pulau Pinang, mengutip mata match point penuh setelah berlansung dua pusingan. Johor bermain menentang Pulau Pinang di meja utama, sementara juara bertahan Johor melawan Selangor.  

Berpasukan L15

Berikut adalah keputusan bagi kategori Berpasukan Lelaki bawah 15 tahun atau L15.


keputusan Pusingan 1

keputusan Pusingan 2



Di pusingan ketiga, empat pasukan teratas berentap sesama sendiri. Pertembungan yang amat penting bagi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Apa keputusannya? Tunggggguuuuuu ... mari kita lihat muka siapa yang ceria keluar dari dewan pertandingan.

R3 - pairing

Jadual Kejohanan



Starting List - B18

L18

P18
Pemain mana yang mampu menghalang juara bertahan dan pilihan utama, Alia dari Melaka, bergelar juara tahun ini? 

Starting List - B15

P15
L15
Nampaknya pemain Selangor adalah pilihan utama bagi kedua-dua kategori individu B15 (bawah 15 tahun) - P15 & L15.

Starting List - B12

P12

FED bagi pemain ranking ke 5, Nithyalakshmi, sepatutnya NS iaitu Negeri Sembilan; bukannya LAB atau Labuan.

L12

Nampaknya penyandang juara edisi tahun lepas, Yeoh Li Tian (SEL), tiada dalam senarai permulaan.