Thursday, June 2, 2011

Kategori L12 - Setakat Pusingan Ketiga

KEPUTUSAN PUSINGAN KETIGA

PAIRING PUSINGAN KEEMPAT

Apakah keputusan di papan utama bagi kategori L12 Individu di antara Nabil Azmi dari Melaka dengan Sirajuddin (anak Cikgu Fuad) dari Kedah? Siapa yang menang berpeluang cerah untuk menjadi juara seandainya menang baki dua permainan (pusingan kelima dan keenam).

Ranking selepas Pusingan Ketiga
Pemain Melaka dan Kedah sedang mendahului dalam kategori Individu L12 dengan mata penuh 3/3. Dua orang pemain Pulau Pinang dan seorang pemain Selangor ketinggalan 1/2 mata. Siapakah bakal dinobatkan sebagai juara Lelaki bawah 12 tahun? 

KEPUTUSAN PUSINGAN KETIGA
Tuan rumah Pulau Pinang berjaya mengatasi pasukan Selangor dengan mata 3 - 1. Johor pula seri dengan pasukan Kuala Lumpur setelah masing-masing menang 2 papan (board). Johor menang papan pertama dan ketiga melalui Aziz Farhan dan Ong Wei Bin manakala KL menang papan kedua dan keempat melalui Tan Yong Zhao dan yap Egin Darrel.



Juara bertahan, Pulau Pinang, masih unggul setakat pusingan ketiga setelah mengutip 6 (Match Point) mata penuh. Kuala Lumpur dan Johor masing-masing mengutip 5 mata dan berada di kedudukan kedua dan ketiga. Selangor bersama-sama tiga negeri lain - Sabah, Perak dan Pahang, masing-masing mengumpul 4 mata dari 2 kemenangan.

PAIRING PUSINGAN KEEMPAT
Esok pagi di pusingan keempat, Johor bertemu Pulau Pinang di papan utama sementara Selangor melawan KL di papan kedua. Mampukah Johor mengatasi Pulau Pinang? Berjayakah Selangor menewaskan KL?  

No comments:

Post a Comment