Sunday, June 5, 2011

Keputusan Akhir - B12 Individu

Berikut adalah keputusan akhir bagi kategori Individu B12 (bawah 12 tahun).

Kategori P12


Agak mengejutkan apabila juara bertahan dan pilihan utama, Nur Najiha Azman, gagal menjuarai kategori Individu P12 di kejohanan Catur MSSM kali ini. Beliau telah dikecewakan oleh Nithyalakshmi dari Negeri Sembilan. Juara kategori P12 bagi edisi 2011 telah disandang oleh Puteri Rifqah Fahada Azhar dari Selangor setelah menang 5 dan seri 1. Teh De Zen dari Pulau Pinang terpaksa berpuashati di tempat ketiga mengulangi keputusan tahun lalu. De Zen telah menewaskan Siti Khadijah Sabirin dari Terengganu di pusingan terakhir.


Kategori L12


Sirajuddin Munawir Ahmad Fuad berjaya memberikan pingat emas kepada Negeri Kedah setelah mengungguli kategori L12. Keputusan seri sudah memadai baginya untuk bergelar juara walaupun memiliki mata yang sama iaitu 5/6 dengan pemenang pingat perak, Noor Azam Mohd Noor dari Selangor. Noor Azam berjaya bangkit dari kekalahan kepada pemain Kelantan di pusingan kedua. Pulau Pinang berjaya peroleh pingat gangsa setelah pemainnya Teh De Juan berjaya seri dengan Sirajuddin di pusingan keenam. 


Selangor dan Pulau Pinang yang masing-masing memperoleh dua pingat nampaknya masih dominan dalam acara B12 Individu. 

No comments:

Post a Comment