Kategori P18
Alia Anin Azwa Bakri dari Melaka berjaya mengekalkan kejuaraan yang disandangnya tahun lepas. Beliau menang kesemua lima permainan pertama termasuk melawan Amira Syahmina Zullkafli dari Selangor di pusingan kelima. Walaupun seri dengan pemain Sarawak di pusingan terakhir, Alia telah dinobatkan sebagai juara kategori Individu P18 dengan 5.5/6 mata. Tahun ini merupakan tahun terakhir baginya untuk bermain di Kejohanan Catur MSSM kerana faktor usia. Sarika Subramaniam dari Pahang pula telah mendapat tempat ketiga setelah hanya seri dengan lawannya di pusingan terakhir.
Kategori L18
Setelah hanya berjaya mendapat pingat gangsa tahun lepas, Mohd Nabil Azman Hisham dari Selangor, berjaya menjadi johan bagi kategori Individu L18 tahun ini. Nabil menang kesemua lima permainan pertamanya termasuk ke atas Fong Yit San, pemenang pingat perak, di pusingan kelima. Pingat gangsa pula telah dimenangi oleh Mohd Syakir Syazmeer Azhar juga dari Selangor. Seperti kategori yang lain, beberapa pemain handalan seperti Evan Capel, Yeap Eng Chiam dan Wong Jianwen tidak bermain dalam kategori individu
OPEN CHESS TOURNAMENT 2012
ReplyDeleteDATE : 14TH APRIL 2012
TIME : 7.30 AM - 6.30 PM
VENUE : KOLEJ KEDIAMAN KESEMBILAN, UNIVERSITI MALAYA
GRAND PRIZE : RM1000
1ST RUNNER UP : RM700
2ND RUNNER UP: RM500
BEST UNIVERSITY : RM200
BEST SCHOOL : RM200
BEST FAMILY : RM200
REGISTRATION PER TEAM (4PERSONS IN A TEAM)
UNDER 12 : RM80
OPEN : RM120
CLOSING DATE FOR REGISTRATION : 7TH APRIL 2012
CONTACTS:
YEE TING : 016-996 8613
JIAWEN : 016-390 1198
FARAH : 014-533 5662
FACEBOOK LINK : https://www.facebook.com/events/281276618608130/